|
Profile ![]() Elham Syafiqah bt Eleias, 241198 i'm 18 years old and unavailable muahahaha. honestly guys, i'm so thankful for those who came in here and willing to read my blog posts so thankful my eyes got teary(kidding). hope to befriend with you guys and i always wish everyone to have a very nice day ahead of their lifetime and wishing you guys for the best in life, love ya *note that my posts will be in either malay, english or manglish language* Twitter : @elhmsyfqh Archive
|
Folara ![]()
meh sini ha nak tunjuk ha ni la ni yang tu la ha yang tu nampak tak tu yang puteh tu nampak tak nampak tak? nampak lawa nampak lawa dia pakai nv ha gitu
siapa diorang tu? siapa? siapa? siapakah diriku dihatimu oh sayang..
ok sudah dengan drama melayu tu kita terus jela dengan "topik" pada hari ineyyy. takkan la tak tahu kan tu ha atas tu i dah beritahu uallss topiknya. folara, walaweh, gedikz(k tu bukan k tu maksudnya k(ok)). ni actually nama ada sekumpulan geng pompuan pompuan tu aku pun tak faham kenapa bagi nama nama tu. semua tu gedik belaka aku kata nasib baik cantik nak mampus semuanya haih ada sorang je yang tak cantik(nama dia elham(ok diam rahsia jangan bagitahu dia))
paling i benci, paling i menyampah yang penting paling i sayang. semua tu aku pernah rapat dulu tapi individually ada yang geng gak. saja ler nak khabor yang depa(aku pun) semua ni pengawas, hebat kan depa? lol pengawas je pun. macam mana kitorang rapat ni membuktikan bahawasanya "melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama atau dalam berkumpulan dapat mengeratkan silaturrahim" gituan nyah. kitorang ni bersatu(poyo) sebab sekolah beri tanggungjawab dekat kitorang sebab kitorang ni ajk tertinggi pengawas la kononnya(ceh sebenarnya memang pun) untuk menjayakan majlis hari guru peringkat sekolah, sekolah menengah putrajaya presint 11(1) tahun 2015 hahahahahahahahahahahaha. excited tahu tak waktu i tahu kena handle bendalah ni + rasa terbeban sedikit yela kita f5 tetiba kena buat aktiviti berat ceni. berat tau, tak tipu. tanggungjawab yang telah diamanahkan kalau kita tak jalankan, berdosa besar weh ha kau tahu ape. so kitorang pun ciptakanla satu group ni di wc dalam tu ada pak kepala pengawas(kp) dengan badan pak kepala pengawas I(pkpI) sekali(diorang lelaki) nak tahu siapa pkp II? dia hot(panas je takde apa special puns) do. ye aku suka buat kurungan jadi, bear with me.
disebabkan kitorang berenam ni mulut kepoh ya Rabb, gossip tu biasala kahkah, duduk satu Malaysia, satu sekolah, satu otak kepala kaki tangan badan jari pinggul dan etc, jadi kitorang pun bersatu teguh bercerai tak lagi buat masa ni. buat masa ni nak dekat setahun dah la asyik ngadap diorang ni, bosan tu bosan almaklumlah(bosan takde bf sebenarnya ceh ceh diam diam diam ehudbnndsjisjnsanjasjn apa ni)
ni ha nak cerita. aku rapat dengan diorang ni je dekat sekolah. maksudnya kemana aku pergi dekat situlah diorang pergi, kemana diorang pergi dekat situlah aku pergi. jadi tiba tiba satu hari dekat sekolah ada satu tragedi malang terjadi dekat aku, SEMUA FOLARA WALAWEH GEDIKZ NI TAK DATANG SEKOLAH KECUALI AKU APA DO MEMANG NAK GADUH LA almaklumlah i tak boleh ambik CUTI SENDIRI SESUKA HATI parents i strict sikit tsk. memang sedih la. sorang tu satu class dengan aku duduk pulak sebelah aku nak sembang dengan dia, dia takde. lepastu pergi class sebelah ada 2 orang dekat class sebelah hampir nak jerit nama diorang dekat dalam class tu sekali teringat diorang takde dan perkara yang sama juga terjadi dekat lagi 2 orang yang sama class tu. ye kitorang ada 6 orang, 2 kelas lain, 2 kelas lain, 2 lagi kelas lain. kelakar kan? hahahahahaahhahahahahahahahahahaha(tak kelakar sebenarnya jangan gelak tau). pastu aku patah balik masuk class dengan muka hampa kahkah. nasib baik ada classmate semeja. ha? semeja? kenapa semeja? kenapa share meja? heh share meja hape. sekarang ni kan alaf baharu tu yang kena duduk berkumpulan tu yang aku panggil classmate semeja. diorang faham situasi aku jadi diorang dengan aku je seharian tu teman la katakan terima kasih nadiah, wan, bedah(sayang ualls and i rindu ualss). ok berenti
masa untuk i cerita pasal ahli ahli folara walaweh gedikz ni asyik cerita je nak jugak kenal kan? mana tahu boleh buat kawan, kekasih hati, bini, adik angkat, kakak angkat, menantu ke kan. ha aku cerita pasal diorang semua jangan risau semua lawa berbudi bahasa sopan santun sikit pandai pulak jangan risau. without further ado, lets get startedddddd
![]()
from left : qah, dens, nia, mims, me, wa
ok so mari kita mulakan dengan qah ataupun nama surat beranak dan ic nya Siti Nur Atiqah bt Abd Kasir haa cantik kan nama? tapi panggilnya qah je sebab apa? sebab malas biasa la tu takkan aku nak panggil sampai bt sekali kan jadi kita pendekkan jadi.... qah ataupun siti ikut mood aku lah nak panggil mana hahaha. tinggi dia 172cm hahahahaha kau ghase? aku ni rasa kerdil je berdiri atau jalan sebelah dia almaklomlah tinggi aku ni 162cm je hahahaha beza sepuloh cm jah. qah ni caring orangnya caring ngat. dah la baik hati pulak tu serioussss tak tipu serious. MARI MARI SIAPA NAK BINI TINGGI SINI ADA SINI ADA! SYARATNYA TINGGI LELAKI TU KENA MELEBIHI TINGGI ATIQAH YA! haaa ye memang aku nak jual kawan sebab dia nak sangat kahwin meh aku jual dapat jugak duit kacing kacing. tapi sebelum nak kahwin dengan dia bersedia untuk jadi suami ketiga dia lol hahaha sebab dia dah ada 2 laki dah actually so rang(asal so rang? malas nak padam pandai pandai paham haha) nama dia minaho aku pun tak tahu kenapa nama dia macamtu sorang lagi nama dia woohayayun ni pun sama, orang jawa mungkin? hahahaha ceh gelak dengan lawak sendiri sedih tol. bayar tol k dah. memang teman fangirling habis lah memang memang memang ha ok habis
seterusnya, kita teruskan the pkpII yang panat(aduh typo lagi jari gemuk sangat) panas maksud saya Nur Irdina bt Mohd Rizal aku harap betul ye mohd rizal tu aka deens dina dens. sebenarnya kalau nak tahu lah deens tu, yang nama deens tu yang ko guna tu(kalau kau baca) aku yang bagi, sedapkan? dens pun aku bagi sebab malas nak pangil deens. aku taknak cerita pasal panas dia tu malas aku, nak cerita pasal dia je. ok dens ni manja orangnya manja sampai aku pun naik menyampah waktu first time rapat dengan dia(time form 4), dia ni aku fikir dulu lemah lembut tapi ya Rabbi hahahahahahaha sampai pernah tumbuk kerusi akibat daripada semangat nak cerita pasal kdrama dan akhirnya telah menumpahkan secawan kopi dekat kerusi cikgu sekolah dirahsiakan. apa lagi mengamuk la cikgu tu hahahaha aku mampu gelak je sebab aku pun kena attack ada ke cikgu tu kata dekat aku "baru nak jadikan menantu, besarnya gelak" cissss biadap kahkah. jaga-jaga jangan cari pasal dengan dia ni nanti habis la kau dia kalau dah bengang ahahaha habis la kau aku kata habis habis the end kerk die rip innalillahiwainnailaihirajiun. adik dia pun sama panas macam dia kalau berminat boleh contact saya ye
selain itu, hahahahahahahahah ok. cek mek molek sorang ni Nur Dania Asyiqin bt Zulkifli ataupun lebih dikenali dengan nama dania, nia, nia baby(fefeeling angela baby ke apa aku pun tak tahu) ini lah dia dia lah orangnya yang selalu kena kacau, buli, sakat semua lah aku kata. tak tahu macam mana dia tahan kalau aku pehh memang aku ngamuk habis la hahaha. kitorang kacau dia pun sebab dia ni comel bukannya sebab perasaan negatif ehhh tak baik tau. dia ni lah yang paling disayangi sebabtu orang suka kacau hahahahahahahahahahaha kan orang ada kata "kalau lelaki tu suka sangat kacau kau maksudnya dia suka kau lah tu" ha kitorang macamtulah tapi kitorang pompuan kahkah. dia ni fashion icon dalam group ni haaa kemana pergi dia lah divavavavavooom meletops. saja nak bagitahu dia dah berpunya jadi jangan ganggu tapi kalau nak ganggu pun boleh je mana tahu jodoh kahkah. lantang bercakap orangnya apa yang keluar daripada mulut dia semua buat orang setuju, friendly dengan orang. hakak sajak ni kalau nak tahu ha akak forum, akak ucapan awam, akak bercerita, akak koir. oh lupa satu je, kalau dia kena bagi ucapan as bendahari waktu meeting pengawas dia mesti menangis hahahahahahhaha dan dia ni jiwang kkkkkkk
disamping itu, Farah Syamimi bt Roslan merupakan pocong tercantik di dunia. dipanggil mimi, mimsy, pocong, meng. pakai lah apa pun, tudung selekeh pun masih lagi cantik. kau tengok gambar dia time kecik kecik macam barbie dill(typo lagi harap paham apa yang aku nak sampaikan) paling cantik dekat sekolah i tau haaa nak ape i kawan dengan orang cantik kau hade? kulit putih melepak tapi kadang kadang dia kata dia hitam sampai buat aku rasa nak minyakkan muka dia pakai minyak hitam. dia ni panas gak alah kalau kau nak tahu semua geng aku ni panas kecuali aku, sentiasa beku kahkah sedih tsk. asalnya tak banyak cakap tapi lepas nak dekat trial spm tahun lepas ntah macam mana mulot dia ni potpetpotpetpotpet je keje aku pun kadang kadang penat nak layan. tapi dia ni paling sopan la dalam folawa(hah lawa typo alert kayh) walaweh gedikz ni. nak dengar dia mencarut jarang sekali mencarut pun bangang, bengong(lol ni bukan mencarut sebenarnya hahaha) teman gossip and tempat korek rahsia hahahaha
akhirnya, hakak sorang ni hakak Nur Najwa bt Mohd/Muhd/Muhammad Nazim maaf kalau salah bt tu i ni memang kalau muhammad ni konpius nak letak yang mana satu hahaha. sangat caring orangnya, pandai betol simpan rahsia. so kalau nak berahsia haaa dia lah orangnya. kalau ada masalah ke apa carilah dia insyaAllah dia sedia membantu. paling sempoi aku kata ada ke pernah kitorang pergi buka puasa dia pakai tshirt pengawas hahahaha haih nasib baik cantik and kurus. body goals habis la. itu pun still kata yang dia gemuk AKU MEMANG TAK FAHAM DENGAN ORANG KURUS YANG KATA DIA GEMUK RASA NAK TEMPELENG PUN ADA TAPI DISEBABKAN WA(ha ye nama panggilannya) NI GARANG JADI AKU TAK BERANI NAK TEMPELENG NANTI DIA MARAH DIA TAK SUKA ORANG MAIN KEPALA DIA AKU MALAS NAK OFF CAPSLOCK. tidak dilupakan juga highlight pasal najwa, nawa, wa, kawa ni. dia nak jadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia maaf ye awak tak dapat takhta dunia sebab Sirimavo Ratwatte Dias Bandaranaike merupakan perdana menteri perempuan pertama di dunia jadi wa dapat takhta Malaysia je. takpe wa, yang penting kau akan memimpin Malaysia dengan adil dan saksamanya dia masa hadapan. aku sentiasa behind your back, support your bag(lol). tak dapat jadi PM pun jadilah isterinya tak pun alah jadi Perdana Menteri je terus hahahahahahahaahaks
alamak mata elham dah berhabuk(bukan sedih), tekak pun dah kering, jari pun dah patah LOOOOOOOL, kepala pun dah berat ni jadi kita berhenti di sini ye jumpa lagi di masa akan datang. selamat magi((mornight)(sebab sekarang pukul 2;45 pagi haha) bye have a nicest day ahead muahhh xoxo hugs and kisses from me hahahahahaha
extras : ![]() ![]()
#appreciationpost
|